Sunday, October 4, 2009

Pendakwa Raya v B. Kannan a/l P.K. Balakareshna

2000] MLJU 1
Pendakwa Raya v B. Kannan a/l P.K. Balakareshna
Headnote
Court details
HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — PERBICARAAN JENAYAH NO 45–37–98
NIK HASHIM J
11 JANUARY 2000
Lawyers
Rohaya bt Halil (Penolong Pendakwa Raya), Gurmint Singh Hullon (M/s Hullon & Co.)
Judgement
PENGHAKIMAN
Tertuduh, 26 tahun, bekas penagih dadah, beristeri dan mempunyai 2 orang anak, pada mulanya telah menghadapi pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis heroin (3.48 gram) dan monoacetylmorphines (19.97 gram) yang jumlah berat semuanya ialah 23.45 gram di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta). Ekoran representasi tertuduh, pihak pendakwa telah bersetuju menurunkan pertuduhan kepada kesalahan memiliki dadah sedemikian (P3) di bawah seksyen 12(2) dan dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta pada hari perbicaraan.
Page 2>>
Setelah pertuduhan pindaan (P3) dibaca dan diterangkan, tertuduh dengan rela hati telah mengaku salah dan memahami sifat dan akibat pengakuan salahnya. Jenis hukuman di bawah seksyen 39A(2) Akta juga telah diterangkan kepada tertuduh dan beliau faham dan masih berpegang kepada pengakuan salahnya. Seterusnya, pihak pendakwa membaca fakta kes (P4) yang berbunyi seperti berikut:

“1. Pada 31.7.1997 jam lebih kurang 5.45 p.m., pengadu iaitu ASP Giam Kar Hoon bersama beberapa anggota polis daripada Jabatan Narkotik, lbu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah buat satu serang hendap di kawasan Tol Jalan Kuching.
2. Pada jam lebih kurang 7.45 p.m. sebuah kereta jenis Datsun Sunny nombor pendaftaran WCN 8489 warna biru gelap telah bergerak
Page 3>> melepasi Tol dan berhenti di tepi jalan kurang 200 meter daripada kawasan Tol.
3. Setelah terima isyarat daripada D/Kpl. 93257, pengadu dan pasukannya telah serbu kereta tersebut.
4. Saspek telah ditangkap di luar kereta tersebut. Amaran seperti diperuntukkan di bawah seksyen 37A Akta Dadah Berbahaya 1952 telah dibaca kepada saspek dan diterjemahkan kepada bahasa Tamil oleh Insp. Ananthkumar.
5. Daripada soal siasat yang dijalankan saspek telah beritahu bahawa terdapat 1 pound dadah heroin di dalam kereta tersebut iaitu di bawah tempat duduk pemandunya. Saspek kemudiannya
Page 4>> dikenali sebagai B. Kannan a/l P.K. Balakareshna iaitu tertuduh dalam kes ini.
6. Kemudian pengadu telah buka kereta dan dapati di bawah tempat duduk pemandu kereta tersebut, terdapat satu bungkusan kertas akhbar berbahasa Cina di mana di dalamnya mengandungi satu bungkusan lutsinar bahan kemerahan disyaki dadah heroin.
7. Pengadu kemudian telah rampas barang kes dan bawa tertuduh ke balai polis untuk tindakan seterusnya. Pemeriksaan lanjut ke atas kereta tersebut tidak ada dijumpai apa-apa barang salah.
8. Pengadu telah menyerahkan tangkapan dan barang kes kepada Pegawai Penyiasat bertugas Insp. Tansly Mering dari Jabatan Narkotik Daerah
Page 5>> Sentul, Kuala Lumpur pada 1.8.97 jam lebih kurang 2.00 petang.
9. Barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya, dan telah disahkan oleh Ahli Kimia, Encik Cheong Meow Kioon sebagai campuran heroin dan monoacetylmorphines dengan berat bersih 23.45 gram (3.48 gram heroin dan 19.97 gram monoacetylmorphines).
10. Hasil siasatan menunjukkan bahawa dadah yang dijumpai di dalam kereta tersebut adalah milik tertuduh dan tertuduh tiada kuasa di sisi undang-undang untuk memiliki dadah tersebut.
11. Oleh itu tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah
Page 6>> Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.”

Setelah berpuashati bahawa tertuduh telah faham dan akui benar fakta dan eksibit-eksibit yang dikemukakan, Mahkamah telah menerima pengakuan salahnya dan seterusnya mensabitkan tertuduh atas kesalahan di atas.
Satu laporan ahli kimia (P9) yang mengesahkan jenis dadah serta beratnya telah dikemukakan. Menurut gambar (P11A - C), kereta yang digunakan semasa dadah dijumpai di bawah tempat duduk pemandunya, ialah jenis Datsun Sunny warna biru gelap No. WCN 8489.
Dalam rayuan untuk meringankan hukuman, pihak peguambela bagi pihak tertuduh selain menyebut bahawa tertuduh mempunyai keluarga dan ibubapa yang tua, menyatakan tertuduh telah dengan rela hati mengaku salah
Page 7>> dan telah insaf dengan kesalahan akibat bercampur gaul dengan golongan yang kotor. Tertuduh berjanji tidak akan lagi melibatkan diri dengan dadah. Oleh kerana tertuduh telah mengaku salah, maka peguambela telah memohon supaya Mahkamah memberi peluang kepada tertuduh agar dia dapat menjaga ibubapanya.
Manakala Penolong Pendakwa Raya, dalam permohonannya bagi suatu hukuman yang setimpal dengan kesalahan, telah mengemukakan rekod kesalahan lampau tertuduh yang mana dia akui, iaitu dalam tahun 1993, tertuduh seorang penagih dadah, telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM 2,000/= dengan seorang penjamin dan 2 tahun pengawasan pegawai pemulihan dadah di bawah seksyen 6(1)(b) Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 vide kes Petaling Jaya Rpt. 6919/93.
Page 8>>
Selepas menimbang latar belakang tertuduh dan mitigasi yang dikemukakan serta mengambilkira kepentingan awam, jenis dan berat dadah dan juga fakta bahawa tertuduh telah mengaku salah, saya telah menjatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun mulai tarikh tangkap 31 Julai 1997 dan sebatan rotan 10 kali. Alasan-alasan bagi hukuman tersebut adalah seperti berikut.
Kesalahan penyalahgunaan dadah berbahaya adalah amat berat di negara kita. Ia merupakan suatu gejala dan ancaman yang sangat merbahaya yang membawa kepada kemusnahan masyarakat. Jadi, ia tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika tidak mahu melihat negara kita ini hancur. Mahkamah tidak berkecuali daripada memain peranannya. Mahkamah tidak akan dianggap menjalankan tugasnya dengan jujur sekiranya keseriusan kesalahan ini tidak ditunjukkan melalui hukuman yang dijatuhkan. Sehingga kini, Mahkamah telah memain peranannya. Sebagai contoh, dalam
Page 9>> kes Public Prosecutor v Darmalingam a/l R. Kandiah (1988)1 CLJ. 840, pesalah telah dituduh memiliki heroin seberat 9.39 gram di bawah seksyen 12(2) dan dihukum di bawah seksyen 39A. Presiden Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan 6 kali sebatan. Atas rayuan, Y.A. Dr. Zakaria Yatim, H (beliau ketika itu) telah menambah hukuman itu kepada penjara selama 10 tahun dan sebatan rotan 12 kali. Kesalahan itu berlaku dalam tahun 1987.
Dalam kes Pendakwa Raya v Mohd Mansoor bin K. Mohd Mydin (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Perbicaraan Jenayah No. 45-11-99) (Tidak dilaporkan), Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dan 10 kali sebatan rotan ke atas tertuduh berumur 37 tahun, beristeri dan mempunyai 2 orang anak selepas dia mengaku salah atas kesalahan memiliki dadah berbahaya campuran heroin dan
Page 10>> monoacetylmorphines seberat 33.2 gram di bawah seksyen yang sama dengan kes sekarang. Tertuduh telah merayu. Mahkamah Rayuan (Rayuan Jenayah No. W-05-44-99) pada 1 November 1999 telah menolak rayuannya dan mengekalkan hukuman tersebut.
Dalam kes itu, saya telah memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Dalam Negeri semasa beliau merasmikan Mesyuarat Pemadam yang ke-24 yang telah disiarkan dalam akhbar Star bertarikh 12 Julai 1999 di bawah tajuk “JOINT WAR -- Pak Lah calls for all-party offensive against drug menace” dan beliau berkata:

“.... The drug problem did not distinguish between political ideology, race or religion or between rich and poor. Describing the drug menace as the biggest threat to the country, he said, it was vital for all parties to joint hands and minds to fight it effectively for the good of society.....
Page 11>>
We have been waging war against drugs for such a long time and we are still at it. We managed to overcome even the communist insurgency problem within a shorter period of time.....
The drug problem is a danger facing us all.....
He pointed out if the drug problem was treated lightly, it could spread and escalate to ‘emergency levels’ .....”

dan seterusnya saya mengulas:

“Petikan di atas diambil semata-mata untuk menunjukkan betapa seriusnya masalah dadah yang dihadapi oleh negara masa kini. Justeru itu, seharusnyalah semua pihak termasuk Mahkamah, memainkan peranan masing-masing bagi membasmi musuh negara itu. Ancaman dadah yang terbesar itu tidak boleh diambil ringan. Bagi Mahkamah, peranannya boleh ditunjukkan melalui hukuman yang dikenakan ke atas pesalah.”

Page 12>>
Walau apapun, setiap kes hendaklah dihakimi menurut meritnya. Dalam kes ini, Mahkamah dapati tertuduh bukan merupakan seorang pesalah yang ‘baru’. Beliau ialah bekas penagih dadah. Dalam tahun 1993 lagi, dia telah pun melibatkan dirinya dengan dadah. Nampaknya dia tidak serik dan tidak mengambil ikhtibar daripada kesalahan lampau. Jadi, seandainya tertuduh tidak mengaku salah terhadap kesalahan dan didapati bersalah selepas perbicaraan dan memandangkan kepada fakta kes, berat dadah sebanyak 23.45 gram yang merupakan suatu jumlah 4 kali ganda lebih berat daripada berat minimum iaitu 5 gram yang ditetapkan di bawah seksyen 39A(2), serta mengambilkira kepentingan awam dan mitigasi tertuduh, saya tidak teragak-agak mengenakan hukuman penjara selama 16 tahun dan sebatan rotan 10 kali ke atas tertuduh.
Oleh kerana tertuduh telah mengaku salah dan melihat kepada keseluruhan fakta kes ini, maka saya telah memberi
Page 13>> diskaun 1/4 daripada 16 tahun penjara dan memberi potongan satu tahun lagi atas dasar tertuduh telah menyesal dan mempunyai keluarga. Justeru, saya telah menjatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun mulai tarikh tangkap 31 Julai 1997 dan 10 kali sebatan mandatori dengan penuh harapan agar tertuduh akan menjadi betul-betul insaf atas tindakan bodohnya dan mengharapkan hukuman ini menjadi deteren kepada orang ramai. Pada hemat saya, hukuman tersebut adalah setimpal dengan kesalahan.

No comments:

Post a Comment